Hilang Pekerjaan ? Inilah Masanya Untuk Mula Bisnes Sendiri Dari Rumah.

As Salam,
Semenjak kerajaan umumkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat penyebaran virus Covid-19, kita semua bagaikan hidup dalam kurungan.Meskipun masih boleh keluar rumah atas urusan perlu dan penting, secara umumnya pergerakan kita sangat terhad dan dikawal.

 
Salah satu jenis perniagaan yang boleh dilakukan tanpa perlu ada kedai dan dijalankan dengan cara sepenuh masa atau separuh masa.

Begitu juga dengan fasa PKPB ( Bersyarat ) dan yang terbaharu kita berada dalam fasa PKPP ( Pemulihan ).Cuma apabila dalam fasa pemulihan, kita sudah dibenarkan merentas negeri, dan maknanya orang ramai sudah dibenarkan balik ke kampung halaman.

Situasi negara yang sedang dalam proses pemulihan ini tentunya bukan sahaja memberi kesan jangka panjang kepada norma baharu dalam masyarakat, malah sudah kedengaran beberapa isu yang lain iaitu pemberhentian kerja oleh Air Asia dan beberapa syarikat lain.Ada yang bekerja tiga hari-4 hari seminggu, tanpa gaji penuh dan ada juga yang dikurangkan gaji.

Adakah anda salah seorang yang terlibat dalam pemberhentian kerja oleh syarikat tempat anda bekerja?

Jika ya, saya turut berasa simpati kepada anda.Pastinya kehidupan yang bakal dilalui terasa lebih sukar.Siapa pun akan berasa sedih, marah, kecewa dan tekanan apabila dalam banyak pekerja atau staf di syarikat, kita antara yang "terpilih" mendapat surat pemberhentian kerja oleh syarikat.

Hakikatnya, bila kita positif dalam perancangan Tuhan dalam hidup kita, kita tidak boleh biarkan perasaan sedih dan kecewa menghantui hidup kita.Apatah lagi jika kita ketua keluarga.Memang kita ada banyak komitmen dan hutang yang perlu dibayar setiap bulan.Keperluan rumahtangga termasuk kos mengasuh anak, persekolahan anak dan juga perbelanjaan barang dapur harus diambil kira.

Jadi, apakah solusinya kepada anda ?
Mencari pekerjaan baharu ? Dalam fasa ekonomi yang sedang dalam pemulihan, adakah peluang untuk kita diambil bekerja sangat mudah dalam waktu terdekat ?

Buat kerja part time ? Tapi apakah pekerjaan yang dapat anda buat sebab anda rasa tak punya banyak kemahiran selain pekerjaan sekarang?

Mungkinkah bagi anda untuk mula memikirkan tentang buat bisnes? Seperti yang kita tahu, 9 daripada 10 punca rezeki itu ada dalam perniagaan.

Panduan lengkap buat Bisnes Burger

Berdasarkan pemerhatian dan keperluan semasa, kita dapati 3 hingga 4 tahun kebelakangan ini, perniagaan berasaskan makanan mendapat permintaan yang sangat tinggi.Meskipun negara dilanda Covid-19, permintaan terhadap makanan tidak pernah berkurang, malah ia pula menjadi antara bisnes yang paling masyuk, dan ditambah baik dengan adanya perkhidmatan delivery dalam bisnes tersebut.Kewujudan perkhidmatan delivery dari Food Panda, Grab Food, BungkusIT dan banyak lagi, menambah peluang pekerjaan kepada runner atau rider pula.

Mungkin inilah masa yang terbaik kita ambil peluang atas kelebihan ini (diberhentikan kerja) dengan mula memikirkan buat bisnes makanan dari rumah.

Pilih untuk buat jenis makanan yang tidak remeh, mudah jual, dan dapat disediakan dalam masa yang cepat.Apakah makanan itu? Biasanya ia jenis makanan harian, mungkin western dan juga jenis makanan yang tidak berat (bukan heavy food).

Antara tips sebagai "pemula" dalam bidang bisnes makanan, kita disarankan untuk cuba dahulu menjual dengan mini pack atau portion kecil, supaya kita dapat kawal kos dan mengelakkan pembaziran.

 Klik untuk dapatkan panduan lengkap buat bisnes makanan dan delivery dari rumah.

Jika anda tidak mampu buat sendiri, boleh dapatkan bantuan atau kerjasama daripada isteri dan anak-anak (jika ada yang sudah dewas atau remaja).Lakukan bisnes ini bersama keluarga supaya kita dapat lebih menghargai sesama ahli dalam keluarga-ibarat susah senang bersama:)

Perihal mengenai harga makanan dan kos bahan, serta waktu yang sesuai untuk open order, boleh anda dapatkan dari sini : Tips Menjual Makanan Dari Rumah-

Dalam mana-mana pekerjaan yang kita buat, pastilah ada cabaran.Begitu juga dengan perniagaan makanan ini.Jika semua peniaga makanan berputus asa dengan cabaran yang dihadapi, maka tak dapatlah kita merasa spaghetti Bolognise yang sedap, macaroni cheese atau burger daging ala McD, Nasi lemak Seringgit dan banyak lagi :)

Kenapa nak fikir sangat tentan rugi, takut tiada pelanggan, takut makanan tak laku, atau tak cukup modal sedangkan kita tak mula lagi pun pekerjaan tersebut.Jadi, masalah dan cabaran kat sini bukanlah pada perniagaan tersebut, tapi puncanya adalah dari dalam diri kita sendiri.

e-Book Panduan dan Tips Memulakan perniagaan Bisnes Dari rumah

Saya mungkin hanya dapat bantu anda setakat ini, dengan memperkenalkan panduan dan tips tentang bagaimana mahu memulakan perniagaan makanan dari rumah, selebihnya pastilah anda yang kena usahakan dan fikirkan langkah selanjutnya.

Jika anda untung sekalipun, saya hanya menumpang gembira-Jika anda gagal, itu bukanlah penamat kepada kehidupan kita.Kita boleh mula sekali lagi dengan membuat post mortem mengapa usaha kita bertemu kegagalan.

Jarang sekali sebenarnya, apabila seseorang itu melakukan pekerjaan dengan perancangan yang teliti, usaha yang sehabis baik, doa dan tawakal kepada Allah-akan menemui kegagalan dalam usahanya-melainkan Allah ingin beri sesuatu yang lebih baik kepadanya.

Apapun, lebih baiklah kita mula dari sekarang kerana esok belum tentu tindakan dan kemahuan kita sekuat hari ini.Semoga sukses dengan segala perancangan hidup anda- Ingatlah tidak ada kejatuhan atau kesusahan yang Allah beri, melainkan akan diganti dengan sesuatu yang lebih baik. Aaamin.




Post a Comment

0 Comments