Cara Mudah Buat Bun Roti Sosej Versi Goreng Yang Lembut Dan Gebus

As Salam,
Cara Mudah Buat Bun Roti Sosej Versi Goreng Yang Lembut Dan Gebus-Bun Roti Sosej ini adalah hidangan minum petang kami sekeluarga beberapa hari lepas.Saya takdelah ambil pic penyediaannya sebab dah banyak kali buat dan dah kongsi jugak resepinya dalam Blog Cik Matahariku-Jadi ini adalah edisi resepi ulangan yang saya buat untuk family.

bun roti sosej sebelum digoreng.Biarkan seketika sehingga ia mengembang seganda lagi.

Bun roti sosej selepas digoreng.Bun roti sosej ini jadi lebih gebus, lembut dan sedap dimakan panas-panas-ataupun makan sambil minum teh o panas.marvelous sangat!

Resepi Bun Roti Sosej Versi Goreng Yang Lembut Dan Gebus
Sumber resepi: Cik Matahariku
Bahan- bahan adunan doh
5 cawan Tepung Gandum 
3 sudu besar gula
1 biji telur
2 sudu makan buttercup
Bahan- bahan utk kembangkan yis
1 paket yis 11g
2 sudu makan gula
2 sudu makan susu pekat
1 cawan air suam
1 paket sosej (potong dua)
Minyak secukupnya untuk menggoreng

Cara Menyediakan Bun Roti Sosej Versi Goreng Yang Lembut Dan Gebus

  1. Sediakan bahan untuk kembangkan yis.Masukkan susu pekat, gula dua sudu dalam satu cawan air suam.Kacau hingga sebati dan masukkan pula yis.Biarkan seketika hingga yis berbuih dan mengembang.
  2. Dalam bekas lain, masukkan tepung gandum, gula pasir 3 sudu, buttercup, secubit garam dan sebiji telur.Gaul hingga sebati sehingga menjadi seakan serbuk roti.
  3. Bila yis sudah berbuih, masukkan sedikit demi sedikit dalam bekas tepung tadi.Uli hingga mendapat doh yang diingini ( tidak melekat di tangan ).Kalau adunan lembik, tambah sedikit-sedikit tepung gandum.
  4. Biarkan doh mengembang dalam tempoh 30-40 minit.
  5. Bila doh sudah mengembang, tumbuk perlahan untuk keluarkan angin.
  6. Bentukkan doh saiz bulat yang dingini.Kemudian ambil sebiji doh, gulung atau gelek doh sehingga memanjang dan boleh dililit dengan sosej.
  7. Ulang langkah ini sehingga selesai semua sosej siap dililit dengan doh roti.
  8. Biarkan seketika lagi hingga ia mengembang seganda lagi.Biasanya sebaik habis saya melilit semua sosej tu, semua doh roti pun dah mengembang dengan jayanya.
  9. Goreng dalam minyak panas dengan api kecil sahaja.
  10. Angkat dan toskan minyak dan sedia untuk dihidang.
 Doh roti sosej ni boleh juga digunakan untuk buat donut, pau sambal atau pau kukus.
Ikut kesukaan korang suka makan roti jenis mana.hehe.Semua pun akan jadi roti yang gebus dan lembut.

 Masa kita lilit doh kat sosej tengok macam kecik je, sekali dia mengembang, rupa asal pun dah tak kenal.haha.Mengembang dengan jayanya!

 Dengan resepi ini kita dapat sediakan lebih kurang 25-27 pcs bun roti sosej dengan saiz yang macam dalam pic.

 Inila hasilnya selepas digoreng.Bila dah warna keemasan, boleh diangkat.
budak-budak memang suka dengan bun roti sosej yang macam ni sebab ada sosej dan bun itu sendiri sangat gebus dan lembut.

Selamat mencuba semua, semoga dipermudahkan:)




Post a Comment

2 Comments

  1. Terbaik, mesti sedap ni.budak-budak suka

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul, budak-budak kalau bun simple macam ni memang laju je depa makan:)

      Delete

Kongsikan Ulasan atau Komen Anda Di sini, Terima Kasih:)