As Salam,
Resepi Ringkas Spagheti Carbonara Yang Pasti Sedap-Yay!Kali ni saya nak kongsikan versi simple dimple saya buat Spagheti Carbonara kat rumah.Asalnya, Encik Suami mintak saya buat sendiri di rumah dengan sos instant carbonara Prego tu sebab kalau nak bawak anak beranak makan kat luar, mahu kopak jugak poket si Ayah ( macam kedekuts pulak suamiku ni..kihkih).
Nah, kan dah siap:) tinggal ngap je.
Memandangkan step buat Spagheti Carbonara ni pun dah siap-siap ada kat packaging dia, saya pun suka je nak membuatnya beb.Tak payah ko nak selak buku resepi bagai atau ko nak print screen resepi dari internet.haha.Jom tengok saya buat macam mana:)
Orait, untuk bahan kuah atau sos carbonara tu, ko cuma perlu bawang putih, tapi saya tambah lagi bawang merah ( sepatutnya nak bagi up sikit guna bawang holland) tapi saya nak sesuaikan dengan citarasa orang kampung (hihi), cili padi ( kalau suka pedas ), sosej satu pack untuk satu botol sos prego instant.Kadang-kadang saya tambah juga isi ayam yang dipotong nipis atau dadu, supaya lebih sedap dan terangkat kuah carbonara kita nanti.iyolahh.Jangan dilupakan spagheti tu sendiri dan jugak minyak zaiton.
First sekali, ko rebus spagheti tu dengan tambah sedikit minyak zaitun dan garam.Ada dua cara nak rebus spagheti ni, kalau ko malas, ko masukkan sekali dengan air dan rebuslah sampai mi spagheti tu masak. kalau ko rajin, ko tunggu mendidih barulah masukkan spagheti macam kat atas tu.Cara masukkan kalau boleh buat macam akak supaya mi cantik selai-selai.kihkih.
spagheti biasanya dah boleh angkat kalau ko tengok warna kuning dia semakin pucat dan pudar.Paling lama kita rebus pun sekitar 15-25 minit gitu.Lepas tu dah boleh angkat, keringkan airnya dan masukkan dalam bekas makanan.setel bab spagheti.
tengok ni, cara buatnya dah ada siap-siap kan.Ko ikut je arahan dia.
ko boleh goreng dulu sosej atau ko combine terus sekali dengan masukkan segala mak nenek bawang tu.dengan cili padi pun ko masukkan sekali.Kata resepi ringkas kan.Kita buat dia dik:)
Yay! dah siap. Lepas ko masukkan bawang tadi, kalau dah naik bau, ko tuang sos carbonara instant tu dalam kuali. Perasakan sikit dengan garam dan tambah serbuk black paper pun sodap.Sebab sos ni rasanya lemak berkrim.Family akak semua cap pedas punya orang, tu yang akak tambah cili padi dan serbuk black paper:)
Part yang paling best, kalau ko nak adjust sos carbonara ni pun boleh.Kalau kita makan kat sesetengah restoran, kadang-kadang, spagheti je yang banyak, kuahnya tarak atau cair, tapi bila kita buat sendiri kat rumah, ikut ko nak kuah cair atau pekat, saya suka yang sedikit pekat dan pedas, so inilah citarasaku:)
Sampai jumpa lagi:)
0 Comments
Kongsikan Ulasan atau Komen Anda Di sini, Terima Kasih:)