As Salam,
Cara Goreng Mee Siput Muar Supaya Lebih Rangup Dan Sedap- hey, sapa kat sini orang Muo dan suka makan mee siput yang rangup meletup tu dengan sambal tumis ? Yeahh.Kalau anda salah seorang peminat mee siput Muo, sep sikit! kita geng:). Darah ke-muo-an saya menjadi lebih pekat selepas dapat suami orang Muo, sebab saya hanya lahir di tanah Muo tapi dibesarkan di Kota Tinggi. Ceh gitu.
Orait, memandangkan korang pun dah sampai blog saya yang baru (ehem), maka sukalah saya nak umumkan secara rasminya yang Blog Cik Syamsi ni Blog kedua saya selepas Blog Cik Matahariku yang dah kaya dengan views juta-juta tu.haha.
Cara Goreng Mee Siput Muar Supaya Lebih Rangup Dan Sedap
Cara Goreng Mee Siput Muar Supaya Lebih Rangup Dan Sedap- hey, sapa kat sini orang Muo dan suka makan mee siput yang rangup meletup tu dengan sambal tumis ? Yeahh.Kalau anda salah seorang peminat mee siput Muo, sep sikit! kita geng:). Darah ke-muo-an saya menjadi lebih pekat selepas dapat suami orang Muo, sebab saya hanya lahir di tanah Muo tapi dibesarkan di Kota Tinggi. Ceh gitu.
mee siput muo yang hanya boleh jumpa yang sedap kat area muo sahaja.
Orait, memandangkan korang pun dah sampai blog saya yang baru (ehem), maka sukalah saya nak umumkan secara rasminya yang Blog Cik Syamsi ni Blog kedua saya selepas Blog Cik Matahariku yang dah kaya dengan views juta-juta tu.haha.
Eh, kan nak story mory pasal mee siput Muo kan.Saya bukanlah pandai sangat nak tunjuk kepakaran cara menggoreng mee siput ni, tapi berkat tunjuk ajar Mak Muo saya, maka hari ini saya nak kongsikan cara goreng mee siput ni supaya ia kekal rangup dan lebih sedap.Padahal tipsnya mudah saja beb!
ini rupa mee siput yang sudah digoreng dan sangat rangup hasilnya:)
- Pastikan minyak yang banyak
- Goreng apabila minyak dah betul-betul panas, barulah ko masukkan mee siput.
- Okey, dah boleh makan mee siput yang rangup!
ini pula mee siput yang belum lagi digoreng
mee siput yang belum digoreng dijual dalam pack seperti ini
Kalau sesekali korang singgah ke Muo, jangan lupa cari mee siput ni ya. Orang Johor kan terkenal dengan style makan bercicah bagai, sebab tu bila kita makan mee siput ni, bertambah sedap bila ada sambal tumis.peghh.mahu ngences ko bila teringat mee siput rangup dengan sambal tumis ni.
Time saya sekolah rendah dulu, kalau balik sekolah agama sebelah petang, memang cari dan beli mee siput ni.Pulak tu member baik tukang supply mee siput siap dengan pakej sambal tumis atas dia, memang jadi regular customerlah masa tu.hahahah.
Orait, mintak maaf kalau ada ibu mengandung yang mengidam dan cari mee siput ni.Rasanya dah merata orang jual mee siput muo ni.Cuba korang survey kat area korang ek.
Sampai jumpa lagi- Mee siput muo memang terbaik!
5 Comments
Feveret kak ayu ni... tapi susahnya nak jumpa.
ReplyDeletekena pandai cari kedai yang jual ni kak, saya jumpa kalau balik kg kat Muo..heh..
DeleteMuar kat mana ya jual
DeleteBoleh diebus tak..buat mcm Mee soup atau Mee Bandung
ReplyDeleteTak payah rebus kak, rendam dengan air panas pun dha okey.Nak buat mi sup boleh, tapi kalau nak buat mi bandung macam kurang sedap..
DeleteKongsikan Ulasan atau Komen Anda Di sini, Terima Kasih:)