Allah Pasti Beri Yang Lebih Baik

As Salam,
Hari ini saya mendapat perkhabaran mengenai kegagalan anak kedua saya daripada terpilih ke SMKA di SEMADAH, Pedas.Salah sebuah sekolah menengah Agama di Negeri Sembilan yang menawarkan kurikulum Tahfiz Model Ulul Albab.Seawal pagi, selepas saya mengetahui berita ini, perasaan saya memang berbelah bagi.

SMKA SEMADAH di Pedas, Negeri Sembilan.Sekolah yang saya ingin hantar anak kedua saya mengikuti pembelajarana alam menengah di sini.Alhamdulillah.Anak saya tidak berjaya dalam Ujian Kelayakan kemasukan ke tingkatan 1 ke sekolah ini.Allah pasti beri yang lebih baik.aamiin.

Saya mula terfikir, ke mana arah persekolahan alam menengah anak kedua saya nanti.Walaupun ada lagi satu permohonan anak kedua saya iaitu ke SBP yang belum diketahui keputusannya, tetapi perasaan mengharap itu tidaklah seperti saya mengharap sekolah yang ini.

Saya hampir lupa.
Tatkala ini saya sepatutnya ucapkan syukur Alah yang atur segalanya.Tentu DIA lebih tahu yang mana lebih baik untuk anak saya, Eqin dan kami semua.

Saya juga mungkin lupa akan hakikat doa yang saya mohon kepadaNya sebelum ini. Semasa berdoa, bukan main saya kata, Ya Allah berikan kepada anak kami sekolah yang terbaik untuknya.Tapi bila semakan keputusan dibuat, dan anak saya tak dapat sekolah yang kami harapkan, saya lupa bersyukur.Ampuni aku Ya Allah.
Manusia macam kita ni memang pelik kan.Bila Allah tak bagi apa yang kita nak, kita rasa sedih, hampa dan berduka.Padahal, realitinya, kita patut dah faham, bahawa Allah hanya beri yang terbaik untuk kita.Tak pernah dalam hidup saya, Allah bagi yang akan buat saya menyesal, melainkan saya mendapat pengajaran dan kebaikan yang banyak daripada setiap kurniaanNya.Allahurobbi.
Sekarang ni, bila saya menaip entri di sini, saya sedang memujuk diri sendiri dan muhasabah akan fikiran negatif saya seawal pagi tadi.Kenapa saya nak bingung atas urusan yang Allah dah aturkan untuk kita.Kita dah usaha yang semampu daya, sudah berdoa dan bertawakal, bila sampai masanya, terimalah sahaja dan ikut sahaja apa yang Allah dah beri kepada kita.Insha Allah.
Memang susah untuk melahirkan kesyukuran kepada Allah jika kita tidak mendapat sesuatu seperti yang kita kehendaki,Tapi, hati dan fikiran kita perlu belajar terima hakikat ini dengan satu perasaan redho.Percayalah bila engkau dah rasa redho dengan apa yang Allah tak beri, hati engkau sendiri akan rasa tenang dan bersyukur dengan seikhlas hati.Perasaan hampa atau terkilan akan hilang sendiri.Positif sahaja.Allah pasti akan beri yang lebih baik.aamiin. 
Seperti anda, saya juga sentiasa yakin bahawa saat Allah tidak memakbulkan hajat dan impian kita, bukan bermakna DIA jauh dari kita, tetapi kita yang mungkin jauh dariNya.Wallahualam.

Terima kasih berkongsi perasaan dengan saya.Semoga Allah merahmati hidup kita semua.aamiin.

Post a Comment

0 Comments