As Salam,
Resepi Mudah Buat Roti Sardin Yang Sedap- Roti sardin antara menu hidangan yang paling kerap saya ulang buat kat rumah ni. Sebab penggemar roti sardin kat rumah saya ni tak lain tak bukan ialah Encik Suamiku sendiri.Ko tak boleh nak kata apa dah, kalau dia dah request roti sardin.At least, saya bersyukur jugak daripada dia mintak saya masak daging kurma ke, lasagna ke..mahu pengsan akak:) kihkih.
Roti Sardin rangup di luar dan lembut didalam:)
Orait, korang pun bukan nak tahu sangat resepi akak buat roti sardin ni kan.Sebab roti sardin korang mesti lagi up dari akak punya.Akak ni memang tak reti masak yang beriya macam korang yang rajin.Siap salut serbuk roti lagi roti sardin korang.Roti sardin style akak pulak, memang kampung habis. Yang penting sedap!
inti roti sardin dan sebungkus roti gardenia
roti yang sudah digulung dengan inti sardin
Resepi Mudah Buat Roti Sardin Yang Sedap
Sumber Resepi : Blogger Cik Matahariku
Hidangan untuk 5-7 orang
Hidangan untuk 5-7 orang
Bahan-Bahan Inti:
Satu biji bawang besar di potong dadu
Dua ulas bawang putih hiris halus
Satu inci halia dihiris halus
7-8 tangkai cili padi dihiris( kalau suka pedas )
2 Sudu cili kering blend
1/2 sudu teh gula
Garam Secukup rasa
1 biji telur
1/2 sudu teh gula
Garam Secukup rasa
1 biji telur
Satu tin sardin saiz sederhana.
Bahan-Bahan Roti Sardin
1 bungkus roti gardenia saiz bonanza
Bahan-Bahan Roti Sardin
1 bungkus roti gardenia saiz bonanza
3 biji telur
1/2 cawan tepung gandum
Minyak untuk menggoreng
Nak bagi senang time husband dan anak-anak nak ngap, saya potong dua roti sardin ni sebelum dicelup dalam bancuhan tepung dan telur , barulah saya goreng roti sardin ni.
Cara Menyediakan Roti Sardin Yang Sedap
- Masukkan bawang besar, bawang putih, halia, cili padi dalam kuali.Tumis sehingga naik bau.
- Masukkan dua sudu makan cili kering.
- Masukkan sardin yang sudah diasingkan sos yang berlebihan.Sos sardin perlu dikurangkan kerana akan menyebabkan inti sardin berkuah.
- Pecahkan sebiji telur dan kacau bersama bawang and the gang.
- Hancurkan sardin seadanya menggunakan sudip sahaja.
- Perasakan dengan gula dan garam.
- Sedia diangkat dan biarkan sejuk barulah kita sapu inti dalam kepingan roti.
- Gulung roti yang sudah disapu inti sardin.
- Goreng roti bersama telur yang sudah dibancuh dengan tepung gandum .
- Hasilnya roti akan lebih sedap, kurang berminyak dan lembut bila dimakan.
2 Comments
terima kasih sudi kongsikan resepi ini:)
ReplyDeleteSama-sama sis😚
DeleteKongsikan Ulasan atau Komen Anda Di sini, Terima Kasih:)